Isnin, 31 Mac 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Isnin, Mac 31, 2014
Minggu ke-7 ..

Minggu ini Prof. menerangkan tentang beberapa elemen lain yang berkaitan dengan media iaitu:-
Grafik & imej. Perkara yang dijelaskan adalah berkaitan dengan elemen yang terdapat pada grafik dan imej.

Jenis grafik

  1. Bitmap ( Gambar sebenar)
- Turut dikenali sebagai "raster image" - gambar berformat bitmap akan mengalamai perkembangan pixel yang akan menjadikan gambar/imej itu kabur apabila dibesarkan.

    2. Vector ( Gambar lukisan) 

- Imej vector tidak akan mengalami kekaburan walaupun dibesarkan.





Kualiti Grafik

1. Resolution
2. Colour Depth

PENGENALAN GRAFIK

Grafik adalah imej yang dijelaskan dalam bentuk visual untuk menyampaikan atau menerangkan tentang sesuatu gambaran maklumat serta dapat ditayangkan pada skrin komputer dan boleh juga di cetak.

Grafik terjadi dalam bentuk2 berikut :-
  • Carta
  • Lukisan
  • Cat
  • Foto
  • Logo 
Kegunaan Grafik untuk :
  • Gambaran sesebuah prosedur
  • Menjelaskan data
  • Menyampaikan idea
  • Menceritakan 
  • Memujuk
  • Menggambarkan emosi dan perasaan

Kelebihan & Kekurangan dalam menggunakan Imej

Kelebihan

  • Dapat menjelaskan maklumat dengan cepat berbanding perkataan
  • Menambah keupayaan simulasi visual dan warna
  • Boleh berinteraksi secara bahasa badan
  • Meningkatkan keupayaan sesebuah media
Kekurangan

  • Tidak dapat menjelaskan secara menyeluruh - sebagai contoh dalam bidang perniagaan dan teknikal
  • Boleh jadi kepada salah tafsiran
  • Jika ingin digunakan kepada paparan komputer, perlu kepada pertukaran kepada digital
  • Perlu disimpan dalam simpanan komputer - Yang mengakibatkan perubahan pada struktur imej yang sebenar.




Rabu, 19 Mac 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Mac 19, 2014
Assalammualaikum..

Pembelajaran bermula dengan pembentangan tajuk-tajuk yang lepas yang belum habis lagi dibincangkan.. Antara pembentangan ialah berkaitan dengan Principle Design :-
1. Rythm & Harmony
2. Emphasis
3. White space

Seterusnya penerangan berkenaan tugasan yang perlu disiapkan secara berkumpulan.. Tugasan Kritikan Media Design yang perlu dihantar pada 19 April 2014..



40 minit seterusnya, Dr Jamalludin menjelaskan tentang FONTS / Types Font / Typo
Penjelasan mengenai Typeface adalah tidak sama dengan fonts.
Typeface adalah "Family Graphic Characters"
Sans serif - (Bahasa France yang membawa maksud sans=tiada /  serif=ekor/lengkok)
Serif - (Keluarga fonts yang mempunyai lengkok)

Working With Text
- Dalam persembahan multimeda, text adalah elemen multimedia yang "membosankan"..
- Hanya 3 saat untuk menarik perhatian pembaca.

- Padat
- Boleh dibaca
- Jenis style dan warna yang pasti.
- Penggunaan typefaces secara konsisten

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Mac 19, 2014
Terdapat beberapa prinsip design (Design Principle) yang sering digunakan dalam Multimedia design.. Prinsip ini perlu ada pada setiap Multimedia Design supaya pandangan visual  design tersebut menjadi lebih cantik dan menarik perhatian. Antara Design Principle ialah :-
  1. Contrast
  2. Unity
  3. White Space
  4. Proximity
  5. Repetition/ Consistency
  6. Balance
  7. Rhythm or Harmony
  8. Allignment
  9. Space
  10. Emphasis
Diantara design principle ini, saya akan bincangkan  2 prinsip design :-

1. RHYTM / HARMONY 
Harmony is achieved through the sensitive balance of variety and unity. Color harmony may be achieved using complementary or analogous colors. Harmony in design is similarity of components or objects looking like these belong together. Harmony may be visually pleasing and harmony is when some of the objects like drapes and couches share a common trait. A common trait between objects could be: color(s), shape(s), texture, pattern(s), material, theme, style, size, or functionality.

sumber : http://www.flashcardmachine.com/principles-of-design1.html

Secara ringkasnya harmony didalam Multimedia Design adalah keseimbangan kepelbagaian elemen serta perpaduan diantara elemen yang terdapat dalam multimedia tersebut. Harmony itu dapat dilihat pada warna yang ada pada multimedia tersebut. Satu sifat yang sama atau hampir-hampir sama diantara gabungan beberapa elemen. Permainan warna yang seakan-akan diantara kepelbagaian elemen. Sebagai contoh dalam realiti, bila kita lihat pada hiasan dalaman rumah yang mempunyai cat dinding bewarna Hijau cair manakala langsir nya bewarna hijau pekat / hijau daun pisang.

Manakala kita  lihat dalam contoh sesebuah laman web keseimbangan warna itu dapat dilihat pada warna yang terdapat "background" dan warna tulisan pada "content" dan juga warna tulisan pada "header"..

Contoh gabungan harmony : (Dalam Sesebuah Laman Web)
  • Theme + Fonts + Colour
  • Icon + Fonts + Colour + Layout
  • Web Banner + Colour + Theme + Thumbnail




2. PROXIMITY 

The principle of proximity calls for related items to be grouped visually, creating less clutter and making for a more organized layout. Items unrelated to each other should be placed further apart, to emphasize their lack of relationship.

Sumber : http://www.webdesignerdepot.com/2010/01/the-principle-of-proximity-in-web-design/

PROXIMITY ini bermaksud "Dekat" / "Kumpul" dalam bahasa melayu.. prinsip design ini membawa maksud "mendekatkan" atau "mengumpulkan item yang terdapat didalam sesebuah multimedia.. Dalam maksud yang lain ia juga boleh di panggil sebagai "pengkategorian" beberapa item yang mempunyai persamaan atau item yang berhubung antara satu sama lain. Tujuanya untuk memudahkan pandangan pengguna melihat elemen didalam multimedia secara teratur dan tersusun serta tidak menyemakan mata.

Proximity juga membawa maksud kepada "JARAK UNTUK DIHIMPUN".. Dalam sesuatu text yang ditulis kemungkinan ianya rapat semuanya... Perlu kepada Jarak mengikut keseuaian elemen ayat untuk di dekatkan.. Agar lebih menarik..

Sebagai contoh kita melihat kepada web design .. Terdapat web design yang menghimpunkan "kumpulan link" yang berkaitan antara satu sama lain..

Contoh yang lain dapat kita lihat pada "kategori" iklan yang terdapat dalam design web seperti web berikut :-



Contoh lain didalam design sebuah image untuk flyer.. Jarak untuk dihimpun..




CONTOH 2 :

SEBELUM



SELEPAS







Rabu, 12 Mac 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Mac 12, 2014
Kelas dimulakan dengan tajuk  Designing For Multimedia

- Output of multimedia.web design
- Bermula dengan fasa design
- 3 Elemen penting dalam design multimedia :-

  • Content Design
  • Interaction design
  • User Interface design
- Tumpuan diberikan kepada tajuk User Interface Design : An Overview
- Juga dikenali sebagai presentation design
- Proses secara ergonomical dan strategi penyampaian media untuk menyampaikan mesej komunikasi

- mesej boleh membawa maksud :-
- informasi
- emosi

-UI - User interface adalah termasuk :-


Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Mac 12, 2014
Assalammualaikum...

Minggu keempat kelas ditunda pada minggu hadapan.. Prof tidak dapat menghadirkan diri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan..

Jumaat, 28 Februari 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Jumaat, Februari 28, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. hari nie dah sampai minggu ketiga saya belajar dam kelas Media Design.. Masih lagi Prof. Dr. Jamalludin yang menyampaikan ceramah. Kali nie kelas dimulakan dengan pembentangan secara kumpulan.. kumpulan telah memilih tajuk memasing samada social media, immersive multimedia dan Augmented Reality.

Dalam sesi penerangan kumpulan pertama yang menerangkan tentang social media. kumpulan pertama ini lebih menjurus secara khusus kepada satu contoh perisian web yang dirasakan sebagai social media iaitu FROG VLE..  hasil dapatan dari perbincangan bersama prof.. FROG Vle bukanlah satu jenis social media.. ianya hanyalah himpunan kaedah-kaedah multimeda yang digabungkan dalam satu laman web..

Seterusnya kumpulan kedua menerangkan dengan lebih jelas lagi dan terjawap semua soalan  yang berkaitan dengan social media.

Saya dan sahabat saya mendapat giliran ke3 untuk membentangkan tajuk IMMERSIVE MULTIMEDIA.. Kami membentangkan tajuk secara ringkas dan hasil pembentangan kami telah pun dapat menjawab semua soalan yang dikehendaki mengikut tajuk yang diberikan oleh Prof.

Secara ringkasnya Immersive Multimedia ini adalah gabungan beberapa media yang dapat mewujudkan ruang, visual, dan interaksi dua hala antara manusia dan komputer. beberapa contoh immersive multimedia seperti simulasi pembedahan, simulasi pemanduan kapal terbang, smart board dan bermacam- macam lagi.

Selesai pembentangan dari semua kumpulan. Prof Jamalludin telah menyampai syarahan ringkas berkenaan tajuk INTRODUCTION TO MULTIMEDIA yang mempunyai skop :-

1. Multimedia Development Team
- Membicarakan tentang keperluan pasukan yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang penting dalam sesuatu projek multimedia. seperti Multimedia developer, software designer, graphic artist, web developer, dan bermacam-macam lagi..
-kami di kehendaki untuk menyenaraikan 3 kepakaran utama dari bermacam2 kepakaran yang ada untuk membuat satu pasukan multimedia mengikut bajet yang tertentu..
- KEY : sekiranya tidak memiliki bajet untuk menyediakan kepakaran pelbagai.. cukup dengan hanya memiliki seseorang yang mahir dalam Authoring..

2. Multimedia Development Process
-
3. Multimedia Development : MPP


Rabu, 26 Februari 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Februari 26, 2014
Pembelajaran untuk minggu kedua ini di jalankan oleh Prof. Madya Jamalludin Hj. harun. Sesi permulaan membicarakan tentang kepentingan dan perbezaan antara media dan multimedia.. Penggunaan media pada hari ini..

Seterusnya kami diberi tugasan untuk membincangkan tentang tajuk yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.. Saya dan sahabat saya telah memilih tajuk "Immersive Multimedia"..

Saya mendapati immersive multimedia ini adalah istilah merujuk kepada simulasi janaan komputer yang menghasilkan realiti, fizikal, dimensi ruang dan visual. Itu definisi secara ringkas yang dapat saya temui melalui carian saya di google.

Ia juga adalah Virtual Reality (Rrealiti Maya) yang dapat menghasilkan simulasi tertentu. Boleh digunakan untuk pelajaran, perniagaan, permainan, perubatan dan sains. Dalam tugasan itu saya dan seorang sahabat saya telah diminta untuk menyatakan apakah efektifnya Immersive Multimedia dan kos .

Blogroll

About