Khamis, 5 Jun 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Khamis, Jun 05, 2014
Assalmmaualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya diberi tugasan untuk mengkritik sebuah laman web berkenaan beberapa elemen yang penting dalam sesebuah laman web. Saya telah buat keputusan untuk memilih membuat kritikan pada sebuah laman web Sekolah Menengah Teknik Taiping. Laman web tersebut boleh di capai pada capaian berikut http://www.freewebs.com/tekniktaiping/ .. Saya dapati banyak kekurangan elemen rekabentuk pada laman web tersebut.

Berikut adalah antara paparan laman web tersebut :-


paparan hadapan


Paparan hadapan (bahagian bawah)



Laman web sekolah ini kelihatan agak padat dengan info dan maklumat yang berada dalam keadaan berterabur. Keadaan ini menyusahkan pengguna untuk mencapai maklumat dengan cepat. Berikut adalah beberapa kelemahan elemen pembangunan web yang saya temui dalam laman web ini :-

KELEMAHAN
  1.     Pada laman web ini terdapat banyak maklumat yang tidak tersusun.
  2.  Web ini tidak dibangunkan sesuai dengan resolusi yang seuai untuk semua komputer. Kerana terdapat sebahagian web ini dalam keadaan kosong (blank area).
  3.   Banyak pautan menu (link) yang diletakan berselerak pada muka utama laman web.
  4.  Tidak terdapat strategi maklumat pada laman web tersebut.
  5. Tidak terdapat sebarang elemen yang boleh menarik perhatian pengunjung.
  6. Meletakan menu utama pada frame. Serta menu utama itu akan hilang masuk kedalam frame bila diskrol.


KEKUATAN
1. Laman web ini menyediakan banyak maklumat yang berkaitan dengan sekolah.

REFLEKSI
Secara kesimpulanya, untuk mencari laman web untuk dijalankan kajian kritikan ini memerlukan masa yang agak lama.. kerana banyak laman web sekarang sudah dibina menggunakan CMS (Content management System). Kebetulan terjumpa laman web ini selepas saya menyemak muka demi muka di enjin carian google.

Antara perkara baru yang saya belajar dalam tugasan kritikan ini ialah :-
1. Kita perlu mempunyai pengetahuan dari dasar sampai ke umbi tentang elemen penting sesebuah laman web sebelum membuat kritikan.
2. Kritikan yang dilakukan tidak boleh dibuat mengikut suka hati dan ikut suka rasa mata.
3. Sekurang-kurangnya kita mesti pernah membangunkan laman web dan pernah mencuba pelbagai bahan untuk pembangunan laman web sebelum kita melakukan kritikan.
4. Membangun satu sistem media adalah mesti menepati citarasa dan memuaskan hati pengunjung atau pelanggan. Bukan membangunkan mengikut citarasa sendiri.
5. Teknikal baru yang saya belajar berkenaan tugasan kritikan adalah berkaitan dengan elemen white space, yang selama ini saya tidak ketahui namanya.
6. Teknikal kedua tentang broken link yang banyak sangat ditemui dalam laman web ini menjadikan ianya sebuah laman web yang membosankan.

Akhir sekali terima kasih Prof. Madya Dr. Jamal atas bimbingan..

Jumaat, 9 Mei 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Jumaat, Mei 09, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini kita belajar tajuk video pula.. Seperti biasa.. Kaedah Pembentangan dijalankan..

Apakah tujuan video.
Pengiraan saiz video (Tajuk kumpulan saya)
Video Compression Technique (Teknik Pemadatan Video)
Video Editing Software
Video File Format
Analog & Digital Video

______________________________________________________

Tujuan Video 


  • Terdapat teori captologoy (Persuade) - memujuk dan merayu penonton
  • Untuk mengubah sikap (Change behavior)
  • Menyampaikan maklumat terus tersimpan di memori ingatan.


Penggiraan video

Frame Size
merujuk kepada bilangan pixel yang dipapar secara mengufuk dan menegak (horizontal and vertical)

contoh : 800 x 600 (minimum monitor hari ini)
semakin kecil frame size, semakin kecil saiz fail, maklumat dpat dipindahkan dengan cepat

Frame Rate
Frame rate  merupakan bilangan imej yang dipaparkan dalam tempoh masa tertentu.
Biasanya diukur dalam unit ‘frame per second’ (fps) 
Pita video piawai mempunyai 30 fps.
‘Frame’ bagi ‘movie’ dipanggil sel.
Semakin kecil kadarnya, semakin cepat data dapat diproses dan semakin kecil fail video
Jumlah warna untuk setiap pixel dalam setiap imej
contoh : 8 bit/pixel = 256 warna @ 16 bit/pixel = 65 536 warna @ 24 bit/pixel = 16.7 milion warna
Sound & Tempoh masa

Picture

Video Compression (Pemampatan video)

  • Kaedah pemampatan menggunakan algorithma matematik untuk mengurangkan data video dengan ‘eliminating’, ‘grouping’ atau ‘averaging’ data yang hampir sama ....
  • Pemampatan perlu supaya video digital mudah untuk diuruskan untuk penyimpanan, penghantaran dan pemprosesan. 
  • Dengan pemampatan, saiz data dapat dikurangkan
  • Semakin banyak video dimampatkan, semakin tinggi nisbah pemampatan. 
  • Tetapi kualiti video akan menjadi semakin berkurangan jika nisbah pemampatan semakin tinggi
  • Nisbah pemampatan berbeza mengikut kaedah mampatan yang digunakan



Ahad, 27 April 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Ahad, April 27, 2014
Assalammualaikum.. Kelas kali ini membahaskan tentang Audio ...


Sabtu, 19 April 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Sabtu, April 19, 2014
Kelas di ambil alih oleh pelajar PHD

Jumaat, 11 April 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Jumaat, April 11, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Setelah seminggu cuti kini kelas Media Design disambung semula.. Untuk sesi selepas cuti Med Sem ini, kelas telah sepenuhnya diambil oleh Dr.Shafie..

Kelas pertama bersama beliau, kami terus diberi tugasan untuk mencari maklumat dalam 40 minit secara kumpulan berkaitan tajuk TEKNIK ANIMASI. Beliau yang percaya dan yakin bahawa pembelajaran akan lebih baik dan berlaku apabila pembelajaran andragogi ini dilaksanakan secara konstruktivis.. Saya secara peribadi turut menyokong pendapat beliau bahawa pembelajaran akan lebih sempurna melalui kaedah pebelajaran konstruktivis..

Antara tajuk berkaitan dengan animasi yang perlu di kaji ialah :-

  • Digital Animation
  • 2D and 3D animation
  • Cutout
  • Drawing
  • Stop Motion
  • Virtual Reality
  • Augmented Reality
Kumpulan saya memilih tajuk  "Digital Animation"

Walaubagaimanapun, saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan semua tajuk yang ada :-

Digital Animation

Digital Animation adalah gabungan perkataan  Digital + Animation.. Digital bermaksud proses pendigitalan..proses pendigitalan adalah proses yang dilakukan kepada apa saja bentuk fizikal untuk diterjemahkan dalam bentuk digital agar ianya dapat berfungsi secara maya yang dapat dicapai oleh komputer...

Manakala Animation - adalah satu perkataan yang berasal dari latin yang berbunyi "animatio" bermaksud memberi nyawa / memberi kehidupan.. Satu imej pegun yang diberi gerakan mengikut kehendak pencipta. Bermula dari satu gerakan sehingga gerakan yang lain sehingga tamat.

Sejarah animasi ini bermula sejak dari zaman tamadun awal manusia lagi.. mereka melakarkan sebuah cerita seakan-akan story board di dinding-dinding.. dari awal hingga akhir.. contohnya seperti lakaran-lakaran dinding yang ditemui pada zaman paleolitik..

Animasi ini berlaku  evolusi dari dahulu sehingga sekarang.. Antara contoh animasi yang di perolehi pada tahun 1893 - Phenakistoscope ..yang dicipta oleh Eadweard Muybridge ..



Animasi 2D dan 3D 

Animasi bermula dengan gerakan 2D sehingga kepada 3D... (D = Dimensi)

Animasi 2D ialah adalah bersifat secara tradisional.. dimana imej yang dilukis dari satu posisi kepada posisi yang lain. biasanya dalam bentuk 24 frame persaat..

Animasi secara 2 D ini boleh dibuat didalam sebuah buku kosong yang mengandungi muka surat yang banyak. Setiap muka surat tersebut dilukiskan setiap pergerakan yang diinginkan..Seperti menggunakan teknik flipbook. Sebagai contoh kita lihat video ini :-




Pada zaman kini, peredaran teknologi semakin bertambah canggih dan baik.. Animasi 2D ini dapat dihasilkan dengan menggunakan komputer berserta software animasi. Cth : Flash, Flipnote studio & Toon Boom..

Animasi 3D

Animasi yang dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi. Imej bebentuk model yang boleh dilihat dari atas, bawah depan dan belakang. Berbanding dengan 2 dimensi yang hanya dalam bentuk imej yang hanya boleh dilihat dalam satu paparan sahaja..


CUTOUT

Animasi cutout adalah teknik untuk menghasilkan animasi menggunakan aksara secara rata, prop dan latar belakang dipotong daripada bahan-bahan seperti kertas, kad, kain sengit atau gamb




Virtual Reality

Animasi virtual reality adalah animasi secara interaktif yang dipaparakan seolah-olah ia berada pada keadaan tersebut. Dipaparkan dalam bentuk 3D .. Pengguna akan merasakan bahwa mereka berada didalam animasi tersebut.



AUGMENTED REALITY

Animasi augmented reality adalah kembangan daripada virtual reality. Maksud perkataan augmented itu sendiri adalah "Melengkapkan". Jadi ianya adalah animasi yang melengkapkan persekitaran sekeliling secara 3D. Boleh juga dijelaskan sebagai pandangan secara nyata secara terus atau tidak dalam bentuk fizikal digabungkan bersama elemen audio, video, grafik ataupun data GPS .


Sabtu, 5 April 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Sabtu, April 05, 2014

Yer.. Kita cuti.. betul...cuti
30 Mac - 6 April



Isnin, 31 Mac 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Isnin, Mac 31, 2014
Minggu ke-7 ..

Minggu ini Prof. menerangkan tentang beberapa elemen lain yang berkaitan dengan media iaitu:-
Grafik & imej. Perkara yang dijelaskan adalah berkaitan dengan elemen yang terdapat pada grafik dan imej.

Jenis grafik

  1. Bitmap ( Gambar sebenar)
- Turut dikenali sebagai "raster image" - gambar berformat bitmap akan mengalamai perkembangan pixel yang akan menjadikan gambar/imej itu kabur apabila dibesarkan.

    2. Vector ( Gambar lukisan) 

- Imej vector tidak akan mengalami kekaburan walaupun dibesarkan.





Kualiti Grafik

1. Resolution
2. Colour Depth

PENGENALAN GRAFIK

Grafik adalah imej yang dijelaskan dalam bentuk visual untuk menyampaikan atau menerangkan tentang sesuatu gambaran maklumat serta dapat ditayangkan pada skrin komputer dan boleh juga di cetak.

Grafik terjadi dalam bentuk2 berikut :-
  • Carta
  • Lukisan
  • Cat
  • Foto
  • Logo 
Kegunaan Grafik untuk :
  • Gambaran sesebuah prosedur
  • Menjelaskan data
  • Menyampaikan idea
  • Menceritakan 
  • Memujuk
  • Menggambarkan emosi dan perasaan

Kelebihan & Kekurangan dalam menggunakan Imej

Kelebihan

  • Dapat menjelaskan maklumat dengan cepat berbanding perkataan
  • Menambah keupayaan simulasi visual dan warna
  • Boleh berinteraksi secara bahasa badan
  • Meningkatkan keupayaan sesebuah media
Kekurangan

  • Tidak dapat menjelaskan secara menyeluruh - sebagai contoh dalam bidang perniagaan dan teknikal
  • Boleh jadi kepada salah tafsiran
  • Jika ingin digunakan kepada paparan komputer, perlu kepada pertukaran kepada digital
  • Perlu disimpan dalam simpanan komputer - Yang mengakibatkan perubahan pada struktur imej yang sebenar.




Blogroll

About