Alhamdulillah.. hari nie dah sampai minggu ketiga saya belajar dam kelas Media Design.. Masih lagi Prof. Dr. Jamalludin yang menyampaikan ceramah. Kali nie kelas dimulakan dengan pembentangan secara kumpulan.. kumpulan telah memilih tajuk memasing samada social media, immersive multimedia dan Augmented Reality.
Dalam sesi penerangan kumpulan pertama yang menerangkan tentang social media. kumpulan pertama ini lebih menjurus secara khusus kepada satu contoh perisian web yang dirasakan sebagai social media iaitu FROG VLE.. hasil dapatan dari perbincangan bersama prof.. FROG Vle bukanlah satu jenis social media.. ianya hanyalah himpunan kaedah-kaedah multimeda yang digabungkan dalam satu laman web..
Seterusnya kumpulan kedua menerangkan dengan lebih jelas lagi dan terjawap semua soalan yang berkaitan dengan social media.
Saya dan sahabat saya mendapat giliran ke3 untuk membentangkan tajuk IMMERSIVE MULTIMEDIA.. Kami membentangkan tajuk secara ringkas dan hasil pembentangan kami telah pun dapat menjawab semua soalan yang dikehendaki mengikut tajuk yang diberikan oleh Prof.
Secara ringkasnya Immersive Multimedia ini adalah gabungan beberapa media yang dapat mewujudkan ruang, visual, dan interaksi dua hala antara manusia dan komputer. beberapa contoh immersive multimedia seperti simulasi pembedahan, simulasi pemanduan kapal terbang, smart board dan bermacam- macam lagi.
Selesai pembentangan dari semua kumpulan. Prof Jamalludin telah menyampai syarahan ringkas berkenaan tajuk INTRODUCTION TO MULTIMEDIA yang mempunyai skop :-
1. Multimedia Development Team
- Membicarakan tentang keperluan pasukan yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang penting dalam sesuatu projek multimedia. seperti Multimedia developer, software designer, graphic artist, web developer, dan bermacam-macam lagi..
-kami di kehendaki untuk menyenaraikan 3 kepakaran utama dari bermacam2 kepakaran yang ada untuk membuat satu pasukan multimedia mengikut bajet yang tertentu..
- KEY : sekiranya tidak memiliki bajet untuk menyediakan kepakaran pelbagai.. cukup dengan hanya memiliki seseorang yang mahir dalam Authoring..
2. Multimedia Development Process
-
3. Multimedia Development : MPP
0 ulasan:
Catat Ulasan