Jumaat, 11 April 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Jumaat, April 11, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Setelah seminggu cuti kini kelas Media Design disambung semula.. Untuk sesi selepas cuti Med Sem ini, kelas telah sepenuhnya diambil oleh Dr.Shafie..

Kelas pertama bersama beliau, kami terus diberi tugasan untuk mencari maklumat dalam 40 minit secara kumpulan berkaitan tajuk TEKNIK ANIMASI. Beliau yang percaya dan yakin bahawa pembelajaran akan lebih baik dan berlaku apabila pembelajaran andragogi ini dilaksanakan secara konstruktivis.. Saya secara peribadi turut menyokong pendapat beliau bahawa pembelajaran akan lebih sempurna melalui kaedah pebelajaran konstruktivis..

Antara tajuk berkaitan dengan animasi yang perlu di kaji ialah :-

  • Digital Animation
  • 2D and 3D animation
  • Cutout
  • Drawing
  • Stop Motion
  • Virtual Reality
  • Augmented Reality
Kumpulan saya memilih tajuk  "Digital Animation"

Walaubagaimanapun, saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan semua tajuk yang ada :-

Digital Animation

Digital Animation adalah gabungan perkataan  Digital + Animation.. Digital bermaksud proses pendigitalan..proses pendigitalan adalah proses yang dilakukan kepada apa saja bentuk fizikal untuk diterjemahkan dalam bentuk digital agar ianya dapat berfungsi secara maya yang dapat dicapai oleh komputer...

Manakala Animation - adalah satu perkataan yang berasal dari latin yang berbunyi "animatio" bermaksud memberi nyawa / memberi kehidupan.. Satu imej pegun yang diberi gerakan mengikut kehendak pencipta. Bermula dari satu gerakan sehingga gerakan yang lain sehingga tamat.

Sejarah animasi ini bermula sejak dari zaman tamadun awal manusia lagi.. mereka melakarkan sebuah cerita seakan-akan story board di dinding-dinding.. dari awal hingga akhir.. contohnya seperti lakaran-lakaran dinding yang ditemui pada zaman paleolitik..

Animasi ini berlaku  evolusi dari dahulu sehingga sekarang.. Antara contoh animasi yang di perolehi pada tahun 1893 - Phenakistoscope ..yang dicipta oleh Eadweard Muybridge ..



Animasi 2D dan 3D 

Animasi bermula dengan gerakan 2D sehingga kepada 3D... (D = Dimensi)

Animasi 2D ialah adalah bersifat secara tradisional.. dimana imej yang dilukis dari satu posisi kepada posisi yang lain. biasanya dalam bentuk 24 frame persaat..

Animasi secara 2 D ini boleh dibuat didalam sebuah buku kosong yang mengandungi muka surat yang banyak. Setiap muka surat tersebut dilukiskan setiap pergerakan yang diinginkan..Seperti menggunakan teknik flipbook. Sebagai contoh kita lihat video ini :-




Pada zaman kini, peredaran teknologi semakin bertambah canggih dan baik.. Animasi 2D ini dapat dihasilkan dengan menggunakan komputer berserta software animasi. Cth : Flash, Flipnote studio & Toon Boom..

Animasi 3D

Animasi yang dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi. Imej bebentuk model yang boleh dilihat dari atas, bawah depan dan belakang. Berbanding dengan 2 dimensi yang hanya dalam bentuk imej yang hanya boleh dilihat dalam satu paparan sahaja..


CUTOUT

Animasi cutout adalah teknik untuk menghasilkan animasi menggunakan aksara secara rata, prop dan latar belakang dipotong daripada bahan-bahan seperti kertas, kad, kain sengit atau gamb




Virtual Reality

Animasi virtual reality adalah animasi secara interaktif yang dipaparakan seolah-olah ia berada pada keadaan tersebut. Dipaparkan dalam bentuk 3D .. Pengguna akan merasakan bahwa mereka berada didalam animasi tersebut.



AUGMENTED REALITY

Animasi augmented reality adalah kembangan daripada virtual reality. Maksud perkataan augmented itu sendiri adalah "Melengkapkan". Jadi ianya adalah animasi yang melengkapkan persekitaran sekeliling secara 3D. Boleh juga dijelaskan sebagai pandangan secara nyata secara terus atau tidak dalam bentuk fizikal digabungkan bersama elemen audio, video, grafik ataupun data GPS .


0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll

About