Jumaat, 28 Februari 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Jumaat, Februari 28, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. hari nie dah sampai minggu ketiga saya belajar dam kelas Media Design.. Masih lagi Prof. Dr. Jamalludin yang menyampaikan ceramah. Kali nie kelas dimulakan dengan pembentangan secara kumpulan.. kumpulan telah memilih tajuk memasing samada social media, immersive multimedia dan Augmented Reality.

Dalam sesi penerangan kumpulan pertama yang menerangkan tentang social media. kumpulan pertama ini lebih menjurus secara khusus kepada satu contoh perisian web yang dirasakan sebagai social media iaitu FROG VLE..  hasil dapatan dari perbincangan bersama prof.. FROG Vle bukanlah satu jenis social media.. ianya hanyalah himpunan kaedah-kaedah multimeda yang digabungkan dalam satu laman web..

Seterusnya kumpulan kedua menerangkan dengan lebih jelas lagi dan terjawap semua soalan  yang berkaitan dengan social media.

Saya dan sahabat saya mendapat giliran ke3 untuk membentangkan tajuk IMMERSIVE MULTIMEDIA.. Kami membentangkan tajuk secara ringkas dan hasil pembentangan kami telah pun dapat menjawab semua soalan yang dikehendaki mengikut tajuk yang diberikan oleh Prof.

Secara ringkasnya Immersive Multimedia ini adalah gabungan beberapa media yang dapat mewujudkan ruang, visual, dan interaksi dua hala antara manusia dan komputer. beberapa contoh immersive multimedia seperti simulasi pembedahan, simulasi pemanduan kapal terbang, smart board dan bermacam- macam lagi.

Selesai pembentangan dari semua kumpulan. Prof Jamalludin telah menyampai syarahan ringkas berkenaan tajuk INTRODUCTION TO MULTIMEDIA yang mempunyai skop :-

1. Multimedia Development Team
- Membicarakan tentang keperluan pasukan yang mempunyai kepakaran-kepakaran yang penting dalam sesuatu projek multimedia. seperti Multimedia developer, software designer, graphic artist, web developer, dan bermacam-macam lagi..
-kami di kehendaki untuk menyenaraikan 3 kepakaran utama dari bermacam2 kepakaran yang ada untuk membuat satu pasukan multimedia mengikut bajet yang tertentu..
- KEY : sekiranya tidak memiliki bajet untuk menyediakan kepakaran pelbagai.. cukup dengan hanya memiliki seseorang yang mahir dalam Authoring..

2. Multimedia Development Process
-
3. Multimedia Development : MPP


Rabu, 26 Februari 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Februari 26, 2014
Pembelajaran untuk minggu kedua ini di jalankan oleh Prof. Madya Jamalludin Hj. harun. Sesi permulaan membicarakan tentang kepentingan dan perbezaan antara media dan multimedia.. Penggunaan media pada hari ini..

Seterusnya kami diberi tugasan untuk membincangkan tentang tajuk yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.. Saya dan sahabat saya telah memilih tajuk "Immersive Multimedia"..

Saya mendapati immersive multimedia ini adalah istilah merujuk kepada simulasi janaan komputer yang menghasilkan realiti, fizikal, dimensi ruang dan visual. Itu definisi secara ringkas yang dapat saya temui melalui carian saya di google.

Ia juga adalah Virtual Reality (Rrealiti Maya) yang dapat menghasilkan simulasi tertentu. Boleh digunakan untuk pelajaran, perniagaan, permainan, perubatan dan sains. Dalam tugasan itu saya dan seorang sahabat saya telah diminta untuk menyatakan apakah efektifnya Immersive Multimedia dan kos .

Rabu, 19 Februari 2014

Posted by Alwee Digital
No comments | Rabu, Februari 19, 2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera..



Hye.. Saya Alwee Shamrin.. student Master UTM - Teknologi Pendidikan MP 132058 sesi 2013/2014..

Terima kasih kerana melawat blog yang menceritakan tentang journal dan catatan tentang pelajaran dan pembelajaran untuk tajuk Technology Media Design MPT1203 ...

So.. untuk sesi kuliah kali ini bersama Profesor Madya Dr. Jamalludin Hj. Harun dan Dr. Mohd Shafie Rosli.. Untuk sesi pembelajaran pertama.. bermula pada minggu pertama hari rabu yang lepas 12/2/2014  .. Dr Shafie telah menerangkan serba ringkas tentang silibus Technology Media Design yang akan dipelajari serta bagaimana mendapatkan  markah yang terbaik untuk subjek ini..

Blogroll

About